Sabtu, 18 Mei 2013

LAWATAN MUHIBBAH KE RUMAH PENYELARAS PSS




menerima hadiah sebagai guru paling popular 2013 ( P )



16 MEI 2013 : Guru Besar, GPK Hem dan sekumpulan guru sempat berkunjung ke rumah mentua cg Ayu ( Penyelaras PSS ) kerana beliau tidak dapat turut serta meyambut perayaan hari guru pada kali ini disebabkan masalah kesihatan dan terpaksa menerima rawatan di wad hospital Kuala Berang pada Ahad yang lalu. Beliau kelihatan masih tidak seratus peratus sihat namun telah beransur pulih dan Alhamdulillah semasa berita ini ditulis beliau sudah dapat datang ke sekolah seperti biasa.

Tahniah diucapkan kerana beliau masih menjadi pilihan pelajar dan dinobatkan sebagai guru paling popular perempuan pada tahun ini.

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER SMK LANDAS, AJIL (14 Mei 2013)

14 Mei 2013 PSS SKFJB telah dilawati oleh sekumpulan guru dari SMK Landas bagi meninjau lebih dekat PSS sekolah. Terima kasih kepada Cg Rosli selaku PK Pentadbiran yang mengetuai rombongan. Semoga kunjungan ini lebih mengeratkan lagi hubungan antara SKFJB dan SMK Landas.