Selasa, 11 November 2014

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Negeri Terengganu 2014 (10 November 2014)


Peristiwa: Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Negeri Terengganu 2014
Tarikh: 10 November 2014
Hari: Isnin
Lokasi: Dewan Al-Farabi SK Felda Jerangau Barat

Lihat koleksi foto lain DI SINI.

Rabu, 5 November 2014

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Sekolah 2014 (4 November 2014)


Peristiwa: Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Sekolah
Tarikh: 4 November 2014
Lokasi: Dewan Al-Farabi SK Felda Jerangau Barat

Lihat koleksi foto DI SINI.

Rabu, 24 September 2014

ANUGERAH PSS KEBANGSAAN 2014

PSS Al-Ghazali Muncul Juara!


23 September 2014 - Port Dickson, Anugerah Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan 2014 telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan (KPM). Majlis diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

SKFJB muncul sebagai Johan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan 2014 bagi kategori sekolah rendah, diikuti oleh naib johan SK Matang jaya, Padawan, Sarawak, manakala tempat ketiga oleh SK Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM4000, RM2500 dan RM1000 serta trofi, sijil dan buku.

Sementara itu bagi kategori sekolah menengah, Terengganu hanya mendapat tempat ketiga iaitu diwakili oleh SMA Mahmudiah, Kuala Berang, Hulu Terengganu, namun ianya amat membanggakan kerana ini adalah percubaan pertama sekolah tersebut untuk berada di persada kebangsaan. Tempat yang kedua dimenangi oleh SM La Salle, Kota Kinabalu, Sabah, manakala johan pula diungguli oleh SMK Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan. Masing-masing membawa pulang RM5000, RM3500, RM2500, trofil, sijil serta buku.

Kami semua warga SK Felda Jerangau Barat ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu PSS Al-Ghazali sehingga mendapat kejayaan yang tertinggi ini terutamanya kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (Unit Pusat Sumber di bawah pimpinan Tuan Hj. Amir Akram dan AJK), JPNT, PPD Hulu Terengganu, PKG Peroh dan PKG Kuala Berang, GPM Zon 3 khususnya dan GPM Daerah Hulu Terengganu amnya, PIBG, Felda Jerangau Barat, komuniti setempat, para guru, kakitangan sekolah serta murid-murid SKFJB dan semua yang mendorong ke arah kecemerlangan PSS Al-Ghazali 2014.

PSS DUNIA ILMUKU

fbm..14

Video pengumuman pemenang Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan 2014:


Lihat juga koleksi foto lain DI SINI.

Selasa, 2 September 2014

Bengkel Pemurnian Buku Kompilasi Amalan Teknologi Pendidikan dalam PDP (1 September 2014)

Peristiwa: Bengkel Pemurnian Buku Kompilasi Amalan Teknologi Pendidikan dalam PDP
Tarikh: 1 September 2014
Tempat: Bilik Persidangan BTPTN, BTPTN Marang

1 September 2014 - Pihak BTPN Terengganu telah mengadakan satu bengkel pemurnian buku kompilasi amalan teknologi pendidikan dalam PdP di bilik persidangan BTPTN.

Peserta bengkel dihadiri oleh semua Guru Perpustakaan dan Media dari beberapa sekolah tertentu. Tujuan bengkel ini adalah untuk membincangkan serta melakukan draft awal untuk meletakkan sedikit sebanyak perincian mengenai projek-projek yang disediakan oleh pihak perpustakaan sekolah masing-masing (dalam kes ini, SK Felda Jerangau Barat akan menyediakan informasi mengenai projek perpustakaan sekolah iaitu BaHuLu dan Portal Pusat Sumber Digital (PSD)).

Rabu, 25 Jun 2014

LAWATAN PENANDA ARAS SK BALAI BESAR, DUNGUN, TERENGGANU (24 Jun 2014)

24 JUN 2014

Lawatan SK Balai Besar Dungun seramai 35 orang guru

Buah Tin Buah Kurma
Buat Juadah Berbuka Puasa
Kunjungan Tuan Kami Terima
Segala Ilmu Dikongsi Bersama


Terima Kasih Daun Keladi
Lain Kali Datang Lagi

" PSS Dunia Ilmuku "

LAWATAN PENANDA ARAS GURU BESAR ZON KDSR 4 & SMK KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT KUALA TERENGGANU(19 Jun 2014)

19 JUN 2014 SKFJB dikunjujungi oleh  barisan pimpinan sekolah-sekolah KDSR 4 Hulu Terengganu bersama dengan GPM masing-masing, serentak dengan itu turut membuat lawatan penanda arasan ialah beberapa orang guru dari SM Kompleks Mengabang Telipot.

Lawatan tersebut nagi melihat sendiri kecemerlangan Pusat Sumber Al Ghazali yang telah dinobatkan sebagai pusat sumber terbaik negeri dan tercalon untuk kali kedua ke prtingkat kebangsaan. Pihak sekolah sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk mereka yang hadir dan berharap perjumpaan ini memberi kebaikan bukan sahaja kepada sekolah yang melawat tetapi kepada SKFJB juga dengan bersama bertukar-tukar pendapat dan pandangan demi kemajuan sekolah masing-masih.

Pengunjung-pengunjung telah dibawa melawat persekitaran sekolah, bilik-bilik khas dan akhirnya melihat beberapa inovasi yang telah disediakan oleh pihak PSS Al Ghazali.

"PSS Al Ghazali Maju
Dunia Ilmuku  "

PENILAIAN ANUGERAH PSS KEBANGSAAN


16 Jun 2014 - PSS Al Ghazali SKFJB telah diverifikasi untuk Anugerah Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2014. Dua Panel Hakim telah dipertanggungjawab untuk membuat penilaian tersebut. 
Para hakim telah disambut dengan meriah oleh wakil-0wakil PIBG di pintu masuk sekolah dan di sajikan dengan tarian selamat datang oleh pasukan tarian sekolah. Seterusnya hakim telah dibawa ke Makmal Digital sekolah utnuk sesi taklimat dan tayangan video. 

Proses penghakiman telah berjalan dengan lancar dan segala dokumen yang diperlukan telah disediakan dengan baik oleh GPM dan jawatankuasa PSS dibantu oleh semua warga sekolah. para hakim juga telah di dedahkan dengan pelbagai inovasi yang telah dicipta oleh PSS Al Ghazali. Paling menarik ialah PSS telah berjaya menambah satu lagi inovasi yang terkini iaitu TV Citra selain dari bebarapa tambahan inivasi yang lain.

Para hakim amat berpuas hati dengan persediaan dan kesungguhan warga sekolah dalam menjadikan PSS Al Ghazali sebagai pusat sumber sekolah  yang terbaik dalam negeri dan insyaallah terbaik dalam peringkat kebangsaan.

Sama-sama kita berdoa mudah-mudahan pertarungan kali ini membawa sebuah kejayaan yang bermakna kepada kita semua.